Intervensi untuk mengganti kehilangan gigi: implan pergigian dalam soket cabutan yang segar (implan segera, segera-tertunda dan tertunda)

Implan pergigian boleh diletakkan dalam soket sejurus selepas cabutan (implan segera) atau selepas beberapa minggu hingga beberapa bulan (implan segera-tertunda) atau tempoh selepas itu (implan tertunda). Ulasan ini melihat kepada masa yang terbaik untuk meletakkan implan pergigian dan sama ada lebih wajar untuk menambah kawasan yang ada ruang semasa perletakan implan. Ia juga bertujuan untuk menentukan prosedur augmentasi tulang yang paling berkesan.

Tujuh kajian yang dimasukkan mempunyai terlalu sedikit bilangan pesakit untuk menjawab persoalan-persoalan. Empat kajian menilai masa yang terbaik untuk meletakkan implan. Satu kajian menilai sama ada graf tulang adalah lebih wajar pada perletakan implan dan dua kajian menilai teknik graf manakah yang terbaik.

Terdapat terlalu sedikit bukti untuk membolehkan sebarang kesimpulan yang boleh dipercayai dapat dibuat, namun hasil estetik mungkin lebih baik jika implan diletak seawal selepas cabutan, walaupun perletakan implan awal berisiko lebih tinggi untuk gagal. Tidak terdapat bukti yang cukup untuk menyokong atau menyangkal keperluan augmentasi tulang apabila cabutan gigi diikuti dengan perletakan segera implan pergigian, atau sama ada sebarang prosedur augmentasi adalah lebih baik dari yang lain. Tulang gantian (tulang bovin takorganik) boleh digunakan selain dari graf tulang terjana kendiri (autogenous).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan