Alat untuk menilai kesediaan untuk mula hisapan susu pada bayi pramatang: kesan ke atas masa untuk wujudkan penyusuan penuh secara oral dan tempoh hospitalisasi

Soalan penilaian: Adakah penggunaan alat pentaksiran yang direka untuk menilai kesediaan bayi pramatang memulakan penyusuan susu ibu atau penyusuan botol meningkatkan hasil penyusuan dan mengurangkan tempoh hospitalisasi?

Latar belakang: Tidak seperti bayi yang dilahirkan cukup bulan yang boleh menyusu susuan ibu atau susuan botol sebaik sahaja dilahirkan, bayi pramatang memerlukan masa untuk belajar menyusu. Ini mungkin mengambil masa selama beberapa hari atau minggu selepas mereka dilahirkan. Bayi pramatang mula menyusu susuan ibu atau susuan botol setelah mereka dianggap sudah bersedia untuk itu, ini ditentukan oleh kakitangan profesional kesihatan yang menjaga bayi. Masa optimum untuk memperkenalkan pemakanan secara menghisap adalah tidak jelas samada dalam penulisan ilmiah dan juga amalan perubatan. Pentaksiran secara individu yang direka khusus untuk menilai kesediaan seseorang bayi bagi memulakan penyusuan susu ibu atau susu botol telah dicadangkan sebagai cara terbaik untuk meningkatkan ketekalan dalam kaedah mengenal pasti masa yang selamat bagi memulakan penyusuan susu ibu atau susu botol untuk bayi.

Ciri-ciri kajian: Tiada kajian yang memenuhi kriteria rangkuman yang sepadan dalam ulasan ini.

Keputusan utama/Rumusan: Walaupun terdapat beberapa alat taksiran yang terhad digunakan untuk menentukan kesediaan menyusu pada masa ini, didapati tiada kajian yang menilai manfaat atau risiko kepada bayi pramatang. Oleh itu adalah tidak jelas sejauh mana alat kesediaan menyusu dapat membantu kakitangan profesional kesihatan untuk memutuskan bilakah untuk memperkenalkan penyusuan botol atau susu ibu kepada bayi pramatang.

Kualiti bukti: Tiada bukti ditemui.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my. Disunting oleh Azlan Husin (USM)

Tools
Information