Persediaan Dengzhanhua untuk infark serebral akut

Tiada bukti jelas bahawa suntikan dengzhanhua memberi manfaat kepada pesakit dengan infark serebral akut. Persediaan Dengzhanhua adalah ubat herba tradisional yang biasa digunakan di China untuk merawat gangguan bekalan darah ke jantung dan otak, termasuk strok. Sebatian ini mempunyai beberapa tindakan yang boleh membantu mengurangkan ketidakupayaan selepas strok. Jenis strok yang paling biasa adalah pengirfakan serebral, yang disebabkan oleh penyumbatan bekalan darah ke satu bahagian otak. Ulasan ini bertujuan untuk memasukkan kajian rawak atau kuasi rawak persediaan dengzhanhua dalam rawatan pesakit dengan infark serebral yang baru. Sembilan kajian yang melibatkan 723 peserta dimasukkan Kajiannya adalah berkualiti rendah. Walaupun rawatan dengan suntikan dengzhanhua didapati menambahbaik fungsi neurologi, tiada bukti bahawa rawatan meningkatkan peluang untuk hidup dan bebas daripada kecacatan. Oleh itu, ulasan ini tidak menemui bukti untuk menyokong penggunaan rutin dengzhanhua untuk pesakit yang mengalami strok baru-baru ini. Kajian yang direka dengan lebih baik diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information