Peruang komersial berbanding peruang buatan sendiri dalam menyampaikan terapi bronkodilator untuk terapi akut dalam kalangan kanak-kanak

Tujuan ulasan ini adalah untuk membandingkan respon kepada agonis beta-2 yang disedut melalui penyedut dos terukur (MDI) yang dipasang pada peruang buatan sendiri berbanding agonis beta-2 yang disampaikan melalui MDI yang dipasang pada peruang komersial dalam kalangan kanak-kanak dengan eksaserbasi akut berdehit atau asma. Enam kajian klinikal rawak terkawal (RCTs) dengan 658 peserta memenuhi kriteria serta ulasan ini. Keseluruhannya, ulasan ini gagal mengenal pasti perbezaan di antara kedua-dua kaedah ini untuk menyampaikan terapi bronkodilator dalam kalangan kanak-kanak dengan asma akut atau serangan halangan saluran udara rendah. Walau bagaimanapun, memandangkan jumlah sampel kecil dan selang keyakinan yang luas, kesetaraan antara rawatan tidak dapat persetujui.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information