Rawatan ortodontik dan ortopedik untuk gigitan terbuka anterior dalam kalangan kanak-kanak

Rawatan-rawatan dapat membetulkan gigitan terbuka anterior tetapi hal ini hanya berdasarkan data daripada dua kajian yang bermasalah dalam kualitinya.
Ciri gigitan terbuka adalah kekurangan tindihan menegak gigi insisor atas dan bawahAntara penyebab-penyebabnya termasuklah pernafasan melalui mulut, tabiat menghisap jari, dan perubahan dalam pembentukan rahang. Ia boleh menyukarkan pertuturan, penelanan, pengunyahan dan estetik.Pelbagai rawatan telah digunakan untuk membetulkan gigitan terbuka anterior.Penulis-penulis ulasan ini menilai tiga kajian dengan rawatan-rawatan berikut: pangawal fungsi Frankel-4 (FR-4) dengan latihan kedap-bibir, krib palatal dengan penyokong dagu dan kemasan tolakan-magnet berbanding blok gigitan.Kajian yang akhir itu tidak dapat dianalisis kerana penulis telah menghentikan rawatan lebih awal dari jangkaan akibat terdapat kesan-kesan sampingan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information