Adenosin berbanding penghalang saluran kalsium intravena untuk takikardia dalam dewasa

Latar belakang

Takikardia supraventricular (SVT) adalah irama jantung yang tidak normal yang mengakibatkan denyutan jantung yang sangat pesat. Masalah irama ini biasanya berlaku pada orang yang sihat, dan gejala-gejala umum termasuk berdebar-debar, sakit kepala, dan sakit dada. Kadang-kala, SVT juga boleh menyebabkan kekeliruan atau kehilangan kesedaran. SVT kadang-kala boleh dirawat dengan manuver fizikal yang mudah seperti memegang nafas paksaan. Apabila manuver sederhana gagal, SVT boleh dirawat di jabatan kecemasan dengan pelbagai ubat. Kedua-dua jenis ubat yang paling biasa digunakan adalah adenosin dan penghalang saluran kalsium (CCA) (verapamil adalah ubat yang paling biasa digunakan dalam kelas ini).

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini membandingkan keberkesanan dan kesan sampingan adenosin dan CCA dalam menamatkan episod SVT. Penyelidik memasuki tujuh kajian yang melibatkan 622 pesakit dalam ulasan. Bukti adalah terkini sehingga Julai 2017.

Keputusan utama

Analisis gabungan kajian ini tidak menunjukkan perbezaan antara adenosin dan CCA dalam kejayaan merawat SVT. Penemuan ini berdasarkan kualiti bukti yang sederhana. Penurunan tekanan darah sementara dan tidak memerlukan rawatan dilaporkan hanya satu daripada 152 peserta kajian yang dirawat dengan CCA, dan bukti yang berkualiti rendah menunjukkan bahawa tiada pesakit yang dirawat dengan adenosin mengalami tekanan darah rendah. Penyelidik tidak mempunyai data mengenai tempoh tinggal di hospital atau kepuasan pesakit.

Kesimpulan

Kualiti bukti yang sederhana menunjukkan tiada perbezaan dalam kesan adenosin dan penghalang saluran kalsium untuk rawatan SVT kembali ke irama sinus, dan kualiti bukti rendah tidak menunjukkan perbezaan dalam kes hipotensi. Tiada satu pun daripada kajian yang menilai keutamaan pesakit, yang merupakan faktor penting dalam menentukan apa ubat untuk rawatan yang 'terbaik'.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah ). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information