Penghalang HMG CoA reductase inhibitors (statin) untuk penerima pemindahan buah pinggang

Penerima pemindahan buah pinggang mempunyai kadar peristiwa penyakit kardiovaskular yang lebih tinggi daripada populasi umum. Statin telah terbukti untuk mengurangkan kolesterol, serangan jantung, strok dan kematian bagi populasi umum. Ulasan ini bertujuan untuk mengetahui sama ada statin mencegah kematian dan komplikasi daripada penyakit jantung dalam orang-orang yang telah menjalani pemindahan buah pinggang. Kami memasukkan 17 kajian dalam 3282 dewasa dengan pemindahan buah pinggang yang berfungsi, membandingkan terapi statin dengan plasebo atau rawatan standard. Berdasarkan maklumat yang diperolehi sebahagian besarnya daripada satu kajian yang besar dan dijalankan dengan baik, statin boleh mengurangkan komplikasi akibat penyakit jantung walaupun maklumat daripada kajian ini didapati tidak terperinci. Kesan-kesan rawatan statin atas kadar kematian keseluruhan, strok, fungsi buah pinggang dan kesan-kesan sampingan adalah tidak pasti dalam pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang. Kajian tambahan terapi statin yang besar mungkin boleh meningkatkan keyakinan kami bahawa rawatan statin boleh mencegah komplikasi yang serius akibat penyakit jantung dengan selamat bagi orang-orang yang telah menjalani pemindahan buah pinggang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my

Tools
Information