Fotopembekuan melalui laser untuk merawat degenerasi makular yang berkaitan dengan usia neovaskular

Fotopembekuan melalui laser ialah rawatan pertama yang diperkenalkan untuk cuba menghentikan perkembangan degenerasi makular berkaitan dengan usia neovaskular (AMD), di mana saluran yang baru dibentuk atau neovaskularisasi choroidal (CNV) berkembang di bawah makula yang membawa kepada berlakunya scotoma atau titik buta dalam medan visual pusat. Satu kelemahan adalah bahawa ia menyebabkan titik gelap dalam medan visual. Ini menjadi satu masalah apabila penyakitnya berada di pusat makula. Lima belas ujian yang melibatkan seramai 2064 orang peserta turut disertakan. Tiga jenis fotopembekuan telah digunakan dalam ujian: fotopembekuan CNV secara langsung dan seluruh, fotopembekuan pada perifoveal dan fotopembekuan scara grid. Kumpulan terkawal dalam ujian termasuklah pemerhatian sahaja, pembedahan submakular dan laser yang berbeza. Ulasan ini mendapati bahawa penggunaan fotopembekuan berkesan untuk pesakit dengan penyakit-penyakit yang berada di luar pusat makula. Akan tetapi, jenis penyakit ini adalah tidaklah sebanyak AMD. Kehilangan penglihatan dengan teruk boleh dicegah di kira-kira satu dalam enam orang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan