Intervensi untuk mengurangkan paras homocysteine plasma dalam pesakit dialisis

Latar belakang

Pesakit penyakit buah pinggang yang serius seringkali mendapat penyakit jantung, yang mana ia adalah punca kematian yang paling kerap dalam pesakit-pesakit ini. Tahap peningkatan asid amino (homocysteine) di dalam darah adalah faktor risiko untuk penyakit jantung dalam penghidap penyakit buah pinggang yang serius. Terapi yang mengurangkan tahap homocysteine (cth: asid folik, vitamin B6 dan B12) yang biasanya digunakan, tetapi manfaat dan kemudaratan daripada penggunaannya adalah tidak jelas. Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai manfaat dan kemudaratan terapi mengurangkan homocysteine dalam orang dengan penyakit buah pinggang serius yang sedang dalam dialisis.

Ciri-ciri kajian

Daripada satu carian penulisan pada Januari 2016, penyelidik mengenalpasti enam kajian rawak terkawal yang melibatkan 2452 peserta yang berusia antara 48 hingga 65 tahun akan dianalisa.

Keputusan utama

Penyelidik mendapati bahawa terapi mengurangkan homocysteine adalah tidak bermanfaat untuk kesihatan jantung dalam orang dengan penyakit buah pinggang yang serius dan sedang dalam rawatan dialisis. Terapi ini tidak mencapai sebarang pengurangan kadar kematian berkaitan dengan penyakit jantung. Namun demikian, terapi mengurangkan homocysteine telah, secara umumnya, diterima dengan baik, dan mempunyai profil kesan sampingan yang ringan.

Kualiti bukti

Secara keseluruhannya, kajian telah dinilai sebagai berkualiti tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information