Merawat semua gigi (seluruh mulut) dalam masa 24 jam untuk penyakit gusi (periodontitis) kronik di kalangan orang dewasa.

Soalan ulasan

Penyakit gusi yang berlanjutan (kronik) boleh memusnahkan gusi dan struktur tisu lembut di sekeliling gigi. Ulasan ini menilai keberkesanan rawatan seluruh mulut yang dijalankan dalam tempoh 24 jam berbanding rawatan konvensional penskaleran dan pengetaman akar separa (SRP) yang biasa dilakukan dalam tempoh beberapa minggu.Rawatan yang diulas adalah penskaleran seluruh mulut (PSM) dan disinfeksi seluruh mulut (DSM).Matlamat sekunder adalah untuk mengenalpasti jika terdapat perbezaan keberkesanan di antara PSM dan DSM.Ulasan ini mengemaskini ulasan terdahulu terbitan 2008.

Latarbelakang

Penyakit gusi atau periodontitis adalah penyakit keradangan kronik yang memusnahkan tisu lembut dan tulang di sekitar gigi.Periodontitis ringan biasa berlaku di kalangan orang dewasa yang mengidap periodontitis teruk yang melibatkan 20% daripada populasi am. Rawatan bukan surgikal berdasarkan pembuangan bakteria secara mekanikal dari permukaan akar yang dijangkiti dibuat dalam usaha untuk menghentikan dan mengawal kehilangan tulang dan tisu yang menyokong gigi orang dewasa yang mengidap penyakit gusi kronik.Rawatan ini sering dilakukan di kawasan mulut yang berlainan dalam sesi berasingan untuk jangkamaa beberapa minggu (PPA), yang merupakan kaedah konvesional ataupun secara alternatif boleh dilakukan dalam 24 jam untuk satu atau dua sesi, yang disebut sebagai penskaleran seluruh mulut (PSM). Apabila agen antiseptik (seperti klorheksidin) ditambah kepada penskaleran seluruh mulut, intervensi ini dipanggil 'disinfeksi seluruh mulut' (DSM).Rasional pendekatan seluruh mulut adalah keupayaannya mengurangkan jangkitan semula kawasan yang telah dirawat.

Ciri kajian

Ulasan yang dibuat oleh Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane ini adalah kemaskini terbitan 2008 dan bukti adalah terkini sehingga Mac 2015. Kami mengenalpasti lima lagi kajian untuk dimasukkan dalam ulasan ini dan menjadikan ulasan ini melibatkan 12 kajian dengan 389 peserta.Terdapat satu kajian dari China yang sedang menunggu klasifikasi.Peserta kajian-kajian ini berumur di antara 27 hingga 78 tahun, melibatkan lebih kurang sama bilangan lelaki dan wanita.

Kajian yang dimasukkan mestilah kajian rawak terkawal dengan sekurang-kurangnya tiga bulan rawatan susulan yang menilai penskaleran seluruh mulut dan pengetaman akar dalam masa 24 jam. Kedua-dua PSM dan DSM dibandingkan dengan rawatan konvensional penskaleran dan pengetaman akar pada sukuan mulut yang merupakan kumpulan terkawal.Peserta hendaklah mempunyai diagnosis periodontitis kronik mengikut Klasifikasi Penyakit Peridontal Antarabangsa.Kami tidak memasukkan orang-orang yang mengidap periodontitis agresif, berpenyakit sistemik atau yang mengambil sebarang antibibiotik.

Keputusan utama

Kesan rawatan PSM dan DSM berbanding dengan penskaleran dan pengetaman akar (PPA) adalah sederhana dan tiada impliksi untuk penjagaan periodontium.Kemudaratan dan peristiwa buruk dilaporkan dalam lapan kajian. Kemudaratan paling utama ialah peningkatan suhu badan selepas rawatan PSM atau DSM.Dalam amalan harian, keputusan untuk memilih suatu pendekatan kepada terapi bukan surgikal peridontium boleh mengambilkira keutamaan pesakit dan kemudahan jadual rawatan.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah rendah untuk semua perbandingan rawatan dan hasil rawatan.Ini adalah kerana bilangan kajian dan bilangan peserta yang kecil serta limitasi rekabentuk kajian.Kajian lanjutan mungkin megubah hasil dapatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).Disunting oleh Ernie Yap (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan