Ubat herba Cina untuk kanser esofagus

Soalan ulasan

Ubat herba Cina digunakan secara luas sebagai terapi tambahan kepada kemoterapi atau radioterapi dalam pesakit-pesakit yang sedang dirawat untuk kanser esofagus Belum terdapat lagi bukti bahawa ubat herba Cina berkesan atau tidak dalam peranan ini.

Latar belakang

Kami telah menjalankan suatu ulasan sistematik tentang potensi manfaat ubat herba Cina dengan membandingkan kemoterapi atau radioterapi untuk kanser esophagus dengan dan tanpa ubat herba digunakan dengan serentak. Kami telah mencari Cochrane Upper Gastrointestinal and Pancreatic Diseases Group Trials Register, the Cochrane Library, MEDLINE, EMBASE, Allied and Complementary Medicine Database (AMED), China National Knowledge Infrastructure (CNKI), VIP database, Wanfang database dan the Chinese Cochrane Centre Controlled Trials Register sehingga 1 Oktober, 2015. Kami juga mencari pangkalan data ujian berterusan, Internet dan rujukan senarai.

Ciri-ciri kajian

Sembilan kajian rawak terkawal telah dikenal pasti. Kesemua ujian ini telah dijalankan di China.

Keputusan utama

Ulasan ini telah dikemaskini dan termasuk sembilan ujian melibatkan 490 peserta. Apabila ubat herba Cina digunakan sebagai terapi tambahan kepada kemoterapi atau radioterapi untuk kanser esophagus keputusan kajian menunjukkan kesan positif kepada kualiti hidup, peningkatan toleransi pesakit bagi kesan-kesan buruk yang disebabkan oleh rawatan radioterapi atau kemoterapi (cth: radang radiasi esofagus , reaksi gastrousus dan penurunan sel darah), tetapi tiada kesan ke atas semua-sebab kematian, median survival masa atau masa untuk perkembangan.

Kualiti bukti

Kualiti bukti telah kami nilaikan dan adalah rendah dan sederhana disebabkan oleh risiko serong; Bilangan orang yang didaftarkan dalam kajian-kajian ini adalah kecil dan menyebabkan keputusan tidak tepat dan tidak konsisten. Kesembilan kajian yang termasuk tidak membenarkan analisis subkumpulan untuk pelbagai jenis ubat herba Cina, yang tujuan terapeutiknya berbeza antara satu sama lain; ini mungkin satu lagi sebab untuk keputusan yang tidak tepat. Ujain berkualiti tinggi diperlukan lagi pada masa akan datang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Sharon Chang Mei Wern (Taylor’s University). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi m.w.chang@hotmail.com.

Tools
Information