Terapi ozon untuk rawatan karies pergigian

Tiada bukti yang menunjukkan terapi ozon boleh memulihkan atau menghentikan kerosakan gigi.
Kerosakan gigi adalah sakit, mahal untuk dirawat dan boleh menyebabkan kehilangan gigi. Adalah dicadangkan rawatan gigi yang rosak dengan ozon akan menghentikan atau memulihkan proses kerosakan. Ulasan kajian-kajian ini tidak membuktikan bahawa ozon boleh memulihkan atau menghentikan proses kerosakan gigi. Kajian bermutu tinggi diperlukan untuk menunjukkan sama ada ozon berkesan atau tidak. Ozon tidak boleh dianggap sebagai alternatif kepada kaedah rawatan masa kini dalam amalan pergigian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan