Intervensi untuk menggantikan kehilangan gigi: implan pergigian dalam tulang pipi bagi orang yang tiada gigi dan kurang tulang di rahang atas untuk menambat implan.

Soalan ulasan

Ulasan yang dibuat oleh Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane ini bertujuan menilai manfaat dan kesan buruk implan pergigian panjang yang melalui sinus ke dalam tulang pipi sebagai prosedur alternatif untuk membentuk tulang rahang yang terkurang seperti graft tulang. Soalan ulasan bertujuan untuk melihat tiga pilihan untuk rawatan ini.

(1) Sebagai alternatif lengkap kepada sebarang prosedur untuk membentuk tulang rahang yang terkurang.
(2) Sebagai alternatif separa misalnya membentuk tulang yang masih perlu di bahagian hadapan rahang.
(3) Berapa lama implan pergigian dapat membantu mengekalkan lelangit tiruan (prostesis atau obturator) yang mungkin diperlukan selepas surgeri untuk membuang lelangit keras dan/atau bumbung mulut (maksilektomi).

Latarbelakang

Kadangkala tiada cukup tulang di rahang atas untuk mengukuhkan implan pergigian. Tulang juga boleh diambil dari bahagian lain badan atau pengganti tulang digunakan. Pendekatan alternatif ialah meletakkan satu hingga tiga implan panjang berbentuk skru ke dalam sinus dan tulang pipi (implan zigomatik). Ini bermaksud graft tulang tidak diperlukan. Implan tersebut boleh diguna untuk membentuk dan mengukuhkan gigi tiruan.

Ciri ciri kajian

Carian dilakukan pada 17 Jun 2013 dan kumpulan penulis ulasan tidak menemukan sebarang kajian yang membandingkan hasil implan zigomatik dengan graft tulang konvensional.

Keputusan utama

Tiada kajian perbandingan yang menilai keberkesanan implan pergigian panjang yang melalui sinus dan tulang pipi sebagai alternatif kepada prosedur augmentasi tulang.

Kualiti bukti

Tidak berkaitan

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information