Adakah sebarang intervensi membantu para perokok yang berjaya berhenti dalam masa yang singkat untuk mengelakkan pengulangan?

Sesetengah orang mula merokok semula tidak lama selepas berhenti dan yang dikatakan mempunyai 'pengulangan'. Intervensi digunakan dapat membantu mengelakkan pengulangan biasanya menumpukan pengajaran kemahiran untuk menghadapi godaan untuk merokok. Pendekatan ini dan yang lain tidak menunjukkan untuk menjadi berguna, sama ada bagi orang yang berhenti dengan sendiri atau dengan bantuan rawatan, atau bagi mereka yang berhenti kerana mereka mengandung atau dimasukkan ke hospital. Banyak ujian yang dijalankan setakat ini tidak pernah ada reka bentuk yang cukup kuat untuk mengesan kesan kecil yang berkemungkinan. Antara rawatan ubat, lanjutan penggunaan varenicline boleh membantu sesetengah perokok. Kajian lanjutan penggunaan rawatan gantian Nikotin adalah segera diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save