Intervensi yang diterajui oleh kakitangan untuk menambahbaik kebersihan oral dalam kalangan pesakit strok.

Mulut yang bersih bukan sahaja berasa selesa tetapi amalan kebersihan oral (pembuangan plak dan sisa makanan) adalah faktor penting dalam mengekalkan kesihatan mulut, gigi dan gusi. Mulut yang bersih dan sihat akan mencegah kesakitan atau ketidakselasaan bagi membolehkan orang memakan makanan yang berkhasiat. Mengekalkan kebersihan oral mungkin sukar selepas strok dan kakitangan kesihatan mungkin perlu membantu menyediakan penjagaan tersebut. Ulasan tiga kajian ini yang melibatkan 470 peserta mendapati sedikit bukti mengenai bagaimana penjagaan ini disampaikan. Maklumat dari sebilangan kecil penduduk rumah jagaan yang mengalami strok (67 peserta dari kajian yang lebih besar) menunjukkan latihan kakitangan kejururawatan menambahbaik penjagaan oral dan menghasilkan peningkatan kebersihan oral pesakit mereka. Satu lagi kajian menunjukkan kesan manfaat penggunaan gel dekontaminasi ke atas insiden radang paru-paru dalam kalangan pesakit di sebuah wad strok. Namun, tiada maklumat lain tentang bagaimana cara terbaik untuk menyediakan kebersihan oral dan lebih banyak kajian diperlukan dengan segera.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.

Tools
Information
Share/Save