Antibiotik untuk mencegah jangkitan dalam fraktur anggota terbuka

Jangkitan pada luka dan tulang merupakan komplikasi yang kerap berlaku berikutan fraktur anggota terbuka. Dalam negara-negara maju, penggunaan antibiotik telah menjadi sebahagian daripada protokol rawatan piawai sejak lebih 20 tahun yang lalu. Kaedah ini juga merangkumi pencucian luka (pengairan), pembersihan luka dan fraktur (debridmen bedah) dan penstabilan fraktur, saperti yang diperlukan. Kajian semula ini, yang mengandungi data dari 1106 peserta dalam lapan ujikaji, mendapati bahawa antibiotik adalah berkesan untuk mengurangkan kejadian jangkitan luka jika dibandingkan dengan tiada antibiotik atau plasebo. Tiada kajian didapati melaporkan jangkitan tulang atau tahap kesihatan yang rendah dalam jangka masa panjang (morbiditi).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong James Tan Wing (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi jame5wtan93@gmail.com

Tools
Information