Tiada cukup bukti bagi keberkesanan ubat albendazole, secara tunggal atau dalam kombinasi, untuk membunuh atau mengganggu transmisi cacing yang menyebabkan filariasis limfatik

Filariasis mempengaruhi kira-kira 120 juta orang di lebih 80 buah negara dan ia disebarkan oleh nyamuk. Cacing-cacing dewasa akan duduk di dalam saluran limfa dan apabila berpasangan, akan mengeluarkan larva yang beredar di dalam darah. Cacing dewasa ini boleh hidup dalam sistem limfa selama lima tahun atau lebih. Jangkitan ini boleh mengakibatkan kehilangan upaya yang serius, disebabkan oleh pembesaran anggota badan, kemaluan dan payu dara. Namun ramai orang yang dijangkiti tidak mempunyai simptom, tetapi turut menyumbang kepada pengekalan jangkitan dalam komuniti. Ulasan kajian-kajian mendapati tiada bukti cukup untuk menyatakan sama ada dos tunggal albendazole dapat membunuh cacing, atau sama ada, jika diberi dalam kombinasi dengan diethylcarbamazine atau ivermectin, ia dapat meningkatkan pembunuhan cacing atau larva yang dihasilkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save