Antibiotik dan antiseptik untuk membantu penyembuhan ulser vena kaki

Ulser vena kaki adalah sejenis luka yang boleh mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ulser ini boleh dijangkiti, dan ini boleh melewatkan lagi penyembuhan. Terdapat dua jenis rawatan yang sedia ada untuk merawat jangkitan: antibiotik sistemik (iaitu antibiotik yang diambil melalui mulut atau suntikan) dan persediaan topikal (iaitu rawatan diaplikasi terus pada luka). Sama ada persediaan sistemik atau topikal digunakan, pesakit akan biasanya mempunyai dresing dan pembalut di atas luka itu. Ulasan ini dijalankan untuk mengetahui sama ada menggunakan antibiotik dan antiseptik lebih baik daripada rawatan biasa dalam penyembuhan ulser vena kaki, dan jika ya, untuk mengetahui antibiotik dan persediaan antiseptik yang mana lebih baik daripada yang lain. Dari segi persediaan topikal, terdapat beberapa menyokong penggunaan cadexomer iodin (agen topikal yang dianggap mempunyai kesan pembersihan dan kesan antibakteria). Bukti semasa tidak menyokong penggunaan produk berasaskan madu atau perak. Penyelidikan berkualiti lanjutan diperlukan sebelum kesimpulan muktamad boleh dibuat tentang keberkesanan tablet antibiotik dan agen topikal seperti povidone-iodin, produk berasaskan peroksida dan antibiotik topikal dan antiseptik lain dalam penyembuhan ulser vena kaki.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan