Latar belakang
Orang yang mempunyai dementia beransur-ansur menghadapi masalah dengan memori, pemikiran, bahasa dan aktiviti harian. Dementia sering dikaitkan dengan masalah emosi dan tingkah laku dan boleh membawa kepada pengurangan dalam kualiti hidup seseorang. Pada tahap akhir, ia mungkin sukar bagi orang itu untuk berkomunikasi dengan kata-kata. Walaupun mereka tidak boleh bercakap lagi, mereka masih mungkin dapat bersenandung atau bermain bersama-sama dengan muzik. Oleh itu, terapi yang melibatkan muzik mungkin sangat sesuai untuk orang yang mempunyai dementia. Ahli terapi muzik adalah telah terlatih untuk bekerja dengan individu atau secara berkumpulan, menggunakan muzik untuk cuba membantu memenuhi keperluan fizikal, psikologi dan sosial mereka. Ahli profesional yang lain juga boleh dilatih untuk menyediakan rawatan yang sama.
Tujuan ulasan ini
Kami mahu melihat jika kami boleh mencari bukti bahawa rawatan berdasarkan muzik dapat meningkatkan kesejahteraan emosi dan kualiti hidup orang dengan dementia. Kami juga berminat dengan bukti tentang kesannya terhadap emosi, tingkah laku, sosial atau kognitif (e.g. berfikir dan mengingati) masalah dalam orang yang mempunyai dementia.
Apa yang kami lakukan
Kami mencari kajian-kajian yang mana orang yang mempunyai dementia telah dibahagikan secara rawak kepada kumpulan rawatan berasaskan muzik atau kumpulan perbandingan, dan kami mengukur mana-mana hasii yang dikehendaki. Kumpulan perbandingan mungkin tidak mendapat rawatan khas, atau mungkin telah ditawarkan aktiviti yang berbeza. Ujian terpaksa dijalankan sekurang-kurangnya lima sesi rawatan kerana kami berpendapat sesi yang kurang mungkin tidak mempunyai kesan yang mencukupi. Jika kami mengadili bahawa setiap ujian lebih kurang sama, maka kami akan menggabungkan keputusan mereka untuk menganggar kesan rawatan dengan setepat mungkin.
Apa yang kami dapati
Kami menjumpai tujuh belas ujian untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini dan kami dapat menggabungkan keputusan untuk sekurang-kurangnya beberapa hasil daripada 620 orang. Semua orang dalam kajian tinggal di pusat penjagaan. Orang yang mempunyai demensia dengan keterukan yang berbeza dimasukkan. Beberapa kajian membandingkan rawatan berasaskan muzik dengan penjagaan biasa, dan beberapa lagi membandingkannya dengan aktiviti lain, seperti memasak atau lukisan. Kualiti ujian dan sebaik mana mereka dilaporkan adalah berbeza, dan ini menjejaskan keyakinan kami dalam keputusan yang diperolehi. Pertama, kami melihat hasil sebaik sahaja kursus terapi berakhir. Berdasarkan keputusan yang didapati, kami sederhana yakin bahawa rawatan berasaskan muzik memperbaiki gejala kemurungan, tetapi tidak membantu dengan tingkah laku gelisah atau agresif. Kami kurang yakin dengan keputusan kami tentang kesejahteraan emosi termasuk kualiti hidup, masalah tingkah laku secara keseluruhan, dan kognisi, tetapi rawatan berasaskan muzik mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas keputusan ini. Kami mempunyai keyakinan yang sangat sedikit dalam keputusan tentang kebimbangan dan interaksi sosial. Beberapa kajian juga melihat sama ada terdapat apa-apa kesan yang kekal selepas empat minggu atau lebih rawatan berakhir. Walau bagaimanapun, terdapat data yang kurang dan kami tidak begitu pasti mengenai keputusan. Ujian yang selanjutnya mungkin mempunyai kesan yang besar kepada apa yang kami tahu tentang kesan-kesan rawatan berasaskan muzik untuk orang yang mempunyai demensia, dan penyelidikan yang berterusan adalah penting.
Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Andey Rahman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

