Rawatan ortodontik untuk gigi hadapan atas yang jongang (maloklusi kelas II) di kalangan kanak-kanak dan remaja

Soalan ulasan

Ulasan ini dibuat oleh Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane, ini adalah untuk menilai kesan rawatan ortodontik (rawatan oleh doktor gigi yang pakar dalam pertumbuhan, fungsi dan posisi gigi dan rahang) bagi gigi hadapan atas yang jongang di kalangan kanak-kanak. Ulasan ini melihat sama ada rawatan ini terbaik dimulakan pada peringkat umur tujuh hingga 11 tahun (rawatan awal dalam dua fasa) atau diperingkat umur remaja sekitar 12 hingga 16 tahun (rawatan lewat dalam satu gfasa). Penggunaan pelbagai jenis pendakap gigi juga dinilai.

Latar belakang

Gigi hadapan atas yang jongang (terkeluar) adalah masalah lazim di kalangan kanak-kanak seluruh dunia. Sebagai contoh, masalah ini terkesan kepada kira-kira satu perempat kanak-kanak berumur 12 tahun di UK. kaedah pembaikan keadaan ini adalah rawatan paling lazim yang dilakukan oleh pakar ortodontik (doktor gigi yang pakar dalam pertumbuhan, fingsi dan posisi gigi dan rahang) Keadaan ini terjadi apabila gigi kekal kanak-kanak mereput Kanak-kanak sering dirujuk kepada pakar ortodontik, untuk rawatan dengan pendakap gigi, bagi mengurangkan gigi yang jongang. Gigi hadapan atas yang jongang lebih cenderung untuk tercedera dan penampialannya boleh menyebabkan distres yang signifikan.

Jika kanak-kanak dirujuk pada umur muda, pakar ortodontik akan berhadapan dengan dilema sama ada untuk merawat pesakit awal atau menunggu sehingga kanak-kanak meningkat umur dan memberi rawatan pada umur remaja.

Dalam ‘rawatan awal’, rawatan diberi dalam dua fasa: pertama di usia awal (tujuh hingga 11 tahun) dan sekali lagi di usia remaja (sekitar 12 hingga 16 tahun). Dalam ‘rawatan lewat’ (satu fasa), hanya ada satu rawatan iaitu ketika umur remaja.

, selain daripada masa untuk rawatan, ulasan ini melihat kepada pelbagai jenis pendakap yang diguna: boleh tanggal, tetap, berfungsi atau pendkap di kepala.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini berdasarkan 27 kajian melibatkan 1251 peserta. Peserta adalah kanak-kanak dan remaja berumur di bawah 16 tahun dan mempunyai masalah gigi hadapan atas jongang (Class II Division 1 malocclusion). Bukti dalam ulasan ini adalah yang terkini sehingga 27 September 2017.

Keputusan utama

Bukti mencadangkan bahawa pemberian rawatan awal ortodontik kepada kanak-kanak dengan gigi hadapan atas yang jongang mengurangkan insiden kerosakan gigi insisor atas (empat batang gigi atas) dengan signifikan berbanding rawatan satu fasa pada usia remaja. Tidak terdapat kelebihan lain pemberian rawatan dua-fasa (iaitu di antara umur tujuh hingga 11 tahun dan sekali lagi pada usia remaja) berbanding rawatan dalam satu fasa pada usia remaja.

Bukti juga mencadangkan bahawa pemberian rawatan bagi remaja dengan gigi hadapan atas yang jongang mengurangkan prominensnya dengan signifikan apabila dibandingkan dengan remaja yang tidak menerima sebarang rawatan. Kajian-kajian tersebut tidak mencadangkan sebarang rawatan tertentu adalah lebih baik berbanding yang lain untuk mengurangkan jongan gigi.

Kualiti bukti

Kualiti bukti keseluruhan adalah rendah untuk kebanyakan perbandingan hasil, oleh itu penyelidikan lanjutan diperlukan dan mungkin mengubah penemuan-penemuan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save