Rawatan ortodontik untuk gigi hadapan atas yang jongang dalam kalangan kanak-kanak.

Soalan ulasan

Ulasan yang dibuat oleh Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane ini adalah untuk menilai kesan rawatan ortodontik (rawatan oleh doktor gigi yang pakar dalam pertumbuhan, fungsi dan posisi gigi dan rahang) bagi gigi hadapan atas yang jongang dalam kalangan kanak-kanak.Soalan ulasan ini melihat bilakah rawatan patut diberi, sama ada dimulakan pada umur tujuh hingga 11 tahun (dalam satu atau dua fasa) dan membandingkannya bila dimulakan semasa remaja antara umur 11 hingga 16 tahun (satu fasa).Penggunaan pelbagai jenis pendakap gigi juga dinilai.

Latarbelakang

Gigi rahang atas yang jongang merupakan masalah lazim yang dihadapi oleh hampir suku kanak-kanak berumur 12 tahun di UK. Kaedah mengatasi keadaan ini merupakan rawatan paling tinggi jumlahnya yang di buat oleh pakar ortodontik (doktor gigi yang pakar dalam pertumbuhan, fungsi dan posisi gigi dan rahang). Keadaan ini terbentuk apabila gigi kekal kanak-kanak erupt dan mereka sering dirujuk kepada pakar ortodontik untuk rawatan dengan pendakap gigi untuk mengurangkan gigi jongang. Gigi rahang atas yang jongang sering tercedera dan rupa bentuknya boleh mengecewakan secara signifikan.

Jika kanak-kanak dirujuk pada umur yang tidak bersesuaian, pakar ortodontik mengalami dilema sama ada merawat pesakit pada peringkat awal atau menunggu sehingga kanak-kanak meningkat umur dan memberi rawatan pada awal remaja.

Dalam rawatan dua fasa - rawatan dibuat pada seawalnya (tujuh hingga 11 tahun) dan diulangi dalam peringkat remaja (11 hingga 16 tahun)

Dalam rawatan satu fasa - hanya ada satu rawatan di peringkat remaja (11 hingga 16 tahun).

Sambil melihat masa untuk rawatan, ulasan ini juga melihat pelbagai jenis pendakap gigi yang diguna sama ada pendakap boleh tanggal, tetap, fungsi atau pendakap kepala.

Ciri kajian

Bukti ulasan adalah terkini sehingga April 2013. Tujuh belas siri kajian melibatkan 721 peserta membentuk dasar untuk ulasan ini. Peserta adalah kanak-kanak dan remaja di bawah umur 16 tahun yang mempunyai gigi atas hadapan yang jongang (maloklusi Kelas II Bahagian 1).

Satu kajian telah dihentikan kerana kesan buruk. Dalam analisis awal dua perbandingan di antara aplians 'Twin Block' dan Dynamax, 'Twin Block' menunjukkan lebih berkesan dalam mengurangkan overjet gigi atas hadapan yang jongang dan menyebabkan kurang kerosakan.

Keputusan utama

Bukti menunjukkan pemberian rawatan ortodontik kepada kanak-kanak dengan gigi hadapan atas yang jongang dalam dua fasa mengurangkan insiden kerosakan gigi insisor (empat gigi atas bahagian tengah) secara signifikan berbanding rawatan satu fasa apabila kanak-kanak memasuki awal remaja. Tiada kelebihan lain yang di tunjjukkan sekiranya memberi rawatan dua fasa iaitu di peringkat awal dari tujuh hingga 11 tahun dan ulangan di peringkat remaja berbanding satu fasa sahaja iaitu di peringkat remaja.

Apabila rawatan aplians fungsi diberi pada awal remaja, terdapat manfaat minor perubahan pola rangka, namun ia tidaklah signifikan secara klinikal. Begitu juga, pilihan aplikasi fungsi apabila dibandingkan dengan 'Twin Block', tidak menunjukkan sebarang kesan baik.

Kualiti bukti

Kualiti bukti keseluruhan adalah rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan