Adakah penambahan kalsium dan fosforus kepada susu ibu dapat menambahbaik pertumbuhan dan perkembangan bayi lahir pramatang?

Apakah isunya?

Apabila bayi dilahirkan terlalu awal (pramatang), mereka mempunyai kekurangan simpanan mineral kalsium dan fosforus yang diperlukan untuk tulang yang sihat dan pertumbuhan. Susu ibu mungkin tidak mengandungi mineral yang mencukupi untuk bayi-bayi ini.

Mengapakah ini penting?

Kalsium dan fosforus adalah penting untuk tulang yang sihat dan pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Apabila bayi dilahirkan pramatang dan tidak menerima kalsium dan fosforus yang mencukupi, pertumbuhan yang lemah dan kepatahan tulang boleh berlaku.

Apakah bukti yang telah kami temui?

Kami mencari bukti pada April 2016 dan telah mengenalpasti satu kajian rawak secara terkawal yang menglibatkan 40 bayi. Penyiasat-penyiasat kajian rersebut melaporkan pengurangan kecil dalam kepekatan fosfatase beralkali (enzim yang terlibat dalam pertumbuhan tulang) dalam kalangan bayi yang telah menerima tambahan kalsium/fosforus. Kami tidak mendapati perbezaan dalam pertumbuhan antara bayi yang diberi susu ibu dengan tambahan kalsium dan fosforus berbanding dengan bayi yang tidak menerima tambahan kalsium dan fosforus. Satu kajian kecil telah menunjukkan bukti bahawa tambahan tersebut mempunyai perbezaan, tetapi kami berpendapat bahawa bukti tersebut adalah berkualiti rendah. Penyelidik melaporkan bahawa tidak terdapat susulan bayi-bayi ini ke dalam zaman kanak-kanak.

Apakah maksudnya?

Bukti adalah tidak mencukupi untuk membolehkan pertimbangan sama ada kalsium tambahan dan/atau fosforus yang diberikan kepada bayi lahir pramatang memberikan manfaat untuk tulang dan pertumbuhan mereka. Kini, peruntukan kalsium dan fosforus tambahan sahaja sudah tidak lazim, kerana susu ibu fortifiers kini mengandungi banyak komponen lain dan mineral untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi lahir pramatang. Oleh itu, kami mencadangkan bahawa lebih banyak kajian patut dijalankan dalam masa depan untuk mengkaji kesan mineral tambahan kepada bayi-bayi lahir pramatang dan menyertakannya dalam susu ibu fortifiers pelbagai komponen, dan juga menilai kesan klinikal yang penting sehingga zaman kanak-kanak.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my.

Tools
Information