Rawatan untuk rosacea

Soalan ulasan

Rawatan mana yang berkesan untuk rosacea?

Latar belakang

Rosacea merupakan sejenis keadaan kulit biasa yang menyebabkan kemerahan, jerawat merah dan bernanah di muka, dan tidak harus dikelirukan dengan jerawat. Saluran darah yang mengembang mungkin muncul berhampiran permukaan kulit (telangiectasia). Ia juga boleh menyebabkan keradangan pada mata atau kelopak mata, atau kedua-duanya (rosacea ocular). Sesetengah orang boleh mengalami penebalan kulit, terutamanya kawasan hidung (rhinophyma). Walaupun punca rosacea masih kurang jelas, pelbagai jenis rawatan yang disediakan untuk simton berterusan (kronik), berulang dan sering menyedihkan ini. Ini termasuk ubat-ubatan yang digunakan terus kepada kulit (topikal), ubat-ubatan oral dan terapi berdasarkan cahaya. Kami ingin mengetahui bagaimana orang menilai rawatan-rawatan yang digunakan: sama ada rawatan dapat mengubah kualiti hidup mereka, sama ada mereka dapat melihat perubahan dalam keadaan mereka dan sama ada rawatan ini mempunyai kesan sampingan. Dari perpekstif doktor, kami ingin mengetahui sama ada rawatan dapat menukar keterukan rosacea, serta berapa lamakah ia mengambil sebelum simptom berkurangan atau bermuncul semula.

Ciri-ciri ulasan

Kami menganalisa sebanyak 106 kajian (sehingga Julai 2014) yang termasuk 13,631 orang-orang dengan rosacea sederhana hingga teruk. Kebanyakan mereka adalah yang berumur di antara 40 dan 50 tahun, dengan wanita lebih dua kali ganda berbanding dengan lelaki. Kebanyakan kajian berlangsung antara lapan hingga 12 minggu, dengan yang terpanjang berkekalan hingga 40 minggu. Majoriti orang-orang dalam kajian ini menderita akibat dua jenis subtype rosacea, subtype dengan jerawat dan nanah atau subtype yang menyebabkan curahan dan kemerahan berterusan.

Daripada 106 kajian, 66 melaporkan bahawa mereka menerima pembiayaan, terutamanya oleh syarikat-syarikat farmaseutikal. Kami beryakinan bahawa pembiayaan tidak menjejaskan keputusan dalam 56 kajian, tetapi mempunyai kebimbangan mengenai 10 yang lain.

Hasil utama

Kebanyakan rawatan dilihat berkesan dalam merawat rosacea. Hampir separuh daripada kajian melaporkan bagaimana orang menilai rawatan mereka. Hanya 11 kajian yang menilai perubahan kualiti hidup. Hampir kesemua kajian melaporkan kesan sampingan, walaupun maklumat ini adalah terhad. Kebanyakan kajian menilai perubahan dalam bilangan jerawat dan nanah, dan kemerahan. Hanya lima kajian yang memasukkan rosacea ocular. Tiada sebarang kajian yang termasuk varian jarang berlaku yang dikenali sebagai 'granulomatous rosacea'.

Rawatan topikal

Dua rawatan yang berasingan, metronidazole dan asid azelaic, didapati berkesan dan selamat dalam mengurangkan simptom rosacea. Penambahbaikan terus dilihat selepas tiga hingga enam minggu. Dengan metronidazole, hanya segelintir orang mengalami gatal ringan, kerengsaan kulit dan kulit kering. Bagi sesetengah orang, asid azelaic disebabkan pembakaran ringan, kesengatan atau kerengsaan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk membuat kesimpulan yang mana satu antara rawatan ini adalah yang terbaik.

Satu rawatan baru, ivermectin, adalah lebih berkesan berbanding plasebo dan sedikit lebih berkesan daripada metronidazole. Satu lagi rawatan baru berdaftar yang dipanggil brimonidine, terutama untuk mengurangkan kemerahan, dibukti berkesan sehingga 12 jam selepas diguna pakai.

Rawatan oral

Antibiotik seperti tetracycline, dos rendah dengan doxycycline atau dos rendah dengan minocycline dapat mengurangkan jumlah jerawat dan nanah. Doxycycline dengan dos rendah (40 mg) adalah mungkin berkesan sama seperti dengan 100 mg, tetapi mempunyai lebih kurang kesan sampingan seperti cirit-birit dan loya. Azithromycin mungkin berkesan sama seperti doxycycline 100 mg, tetapi hanya satu kajian yang termasuk rawatan ini dan lebih banyak kajian berkualiti diperlukan untuk mengesahkan ini.

Dos rendah dengan isotretinoin (0.3 mg/kg), sejenis ubat yang berkait dengan vitamin A, dilihat lebih berkesan daripada doxycycline 50-100 mg untuk merawat jerawat dan nanah. Walau bagaimanapun, langkah berjaga-jaga tambahan perlu diambil mengenai kontraseptif di kalangan wanita yang berada pada umur kelahiran anak kerana ubat ini diketahui dapat menyebabkan malformasi pada fetus.

Terapi berasaskan cahaya

Terapi laser dan terapi cahaya berdenyut kuat kedua-duanya berkesan untuk rawatan telangiectasia, tetapi kajian pemeriksaan rawatan ini hanya melaporkan data yang terhad.

Rosacea mata atau kelopak mata, atau kedua-duanya (rosacea ocular)

Lebih banyak kajian berkualiti baik dikehendaki pada rosacea ocular, walaupun ciclosporin 0.05% emulsi ophthalmic dilihat lebih berkesan daripada air mata tiruan.

kualiti bukti

Kita menilai kualiti bukti bagi beberapa hasil dari sangat rendah hingga tinggi. Terdapat bukti berkualiti tinggi bagi asid azelaic, ivermectin topikal, brimonidine, doxycycline dan isotretinoin. Kualiti bukti-bukti yang lebih rendah untuk rawatan-rawatan lain kebanyakannya disebabkan bilangan rendah orang dalam kajian ini, menjadikan keputusan kurang tepat, dan kekurangan pembutaan (orang tahu rawatan mana yang diterima).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information