Asid hempedu untuk hepatitis virus

Hepatitis virus menyebabkan morbiditi dan mortaliti yang ketara. Berdasarkan ulasan sistematik Cochrane ini, asid hempedu dapat menurunkan aktiviti serum transaminase dalam kalangan pesakit hepatitis B akut, hepatitis B kronik, atau hepatitis C kronik. Walau bagaimanapun, asid hempedu tidak berkesan untuk membasmi penanda virus. Tiada bukti yang cukup sama ada untuk menyokong atau menyangkal kesan ke atas hasil jangka panjang termasuk karsinoma hepatoselular, sirosis dekompensasi, dan/atau mortaliti yang berkaitan dengan hati.

Tiada kajian klinikal menilai asid hempedu untuk pesakit hepatitis A, hepatitis C akut, hepatitis D, atau hepatitis E. Oleh itu, asid hempedu harus dinilai terlebih dahulu dalam kajian rawak yang bersesuaian saiz sebelum penggunaan klinikal dipertimbangkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save