Adakah antagonis opioid seperti naltrexone membantu orang ramai untuk berhenti merokok?

Antagonis opioid adalah sejenis ubat yang melemahkan kesan narkotik seperti heroin dan morfin, dan mungkin membantu mengurangkan ketagihan nikotin dengan menyekat sebahagian daripada kesan ganjaran merokok Ulasan kami mengenal pasti lapan kajian naltrexone, sejenis antagonis opioid yang bertindak panjang. Kajian-kajian tersebut melibatkan lebih 1200 perokok. Separuh daripada kajian-kajian tersebut memberikan semua orang terapi penggantian nikotin dan menguji sama ada naltrexone mempunyai sebarang manfaat tambahan. Berbanding plasebo, naltrexone tidak meningkatkan kadar orang yang sudah berhenti merokok, di akhir rawatan, atau enam bulan atau lebih selepas rawatan, sama ada secara sendiri atau ditambah kepada NRT. Bukti sedia ada tidak mencadangkan bahawa antagonis opioid seperti naltrexone membantu berhenti merokok.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my

Tools
Information