Akupunktur untuk induksi bersalin

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Tiada bukti yang cukup untuk menerangkan keberkesanan akupunktur untuk mencetuskan pelahiran.

Kadangkala, adalah perlu untuk mencetuskan pelahiran secara buatan kerana kepentingan keselamatan ibu atau bayi. Induksi pelahiran (memulakan pelahiran secara buatan) adalah lazim apabila kehamilan berisiko. Terdapat pelbagai kaedah penyediaan serviks rahim dan induksi pelahiran untuk wanita hamil atau bayi dalam kandungan. Sesetengah wanita memilih terapi pelengkap semasa hamil dan pelahiran untuk diguna bersama amalan perubatan konvensional.

Akupunktur adalah sisipan jarum halus kepada titik-titik tertentu di badan dan telah digunakan untuk membantu menyediakan serviks, mencetuskan pelahiran dan mengurangkan sakit semasa bersalin. Ulasan ini memasukkan 14 kajian dengan data yang melaporkan tentang 2220 wanita yang dipilih secara rawak untuk menerima akupunktur berbanding akupunktur sham atau penjagaan biasa. Kebanyakan kajian dilakukan di negara Barat, dengan hanya dua dari Asia. Bukti berkaitan keberkesanan teknik klinikal ini adalah terhad. Tiada kajian yang melaporkan kelahiran melalui faraj yang tidak dicapai dalam tempoh 24 jam, hiperstimulasi rahim dengan perubahan kadar denyut jantung fetus, dan kesakitan maternal yang serius atau kematian. Tiada perbezaan di antara kelahiran Caesarean dan sawan nenonatal. Kajian-kajian tersebut menggunakan pelbagai titik akupunktur, bilangan rawatan dan kaedah akupunktur (secara manual atau melalui elektro-akupunktur). Lebih banyak penyelidikan diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Haslina Haroon (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi haslina@usm.my

Share/Save