Kesan amantadine untuk rawatan keletihan dalam pengidap sklerosis multipel

Sklerosis multipel (MS) ialah penyakit kronik yang mempengaruhi orang muda dan pertengahan umur. Salah satu simtom MS paling lazim dan menyebabkan tidak upaya ialah kelesuan. Pelbagai pendekatan telah digunakan untuk menambahbaik kelesuan, termasuk penjimatan tenaga, latihan kecergasan khusus dan rawatan ubat-ubatan. Amantadine telah digunakan untuk melegakan kelesuan dalam MS. Ulasan ini mendapati dokumentasi keberkesanan Amantadine dalam mengurangkan keletihan yang berkait dengan MS dan toleransnya adalah lemah dan lebih banyak penyelidikan diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan olehNoor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information