Sejenis fluorida topikal (ubat gigi atau ubat kumur mulut atau gel atau varnis) berbanding yang lain untuk pencegahan karies pergigian dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Fluorida topikal seperti ubat kumur mulut dan gel tidak menunjukkan ia lebih berkesan dalam mengurangkan kerosakan gigi berbanding ubat gigi berfluorida dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Kerosakan gigi (karies gigi) adalah sakit, mahal untuk dirawat dan boleh merosakkan gigi dengan lebih serius. Fluorida adalah mineral yang mencegah kerosakan gigi. Fluorida ditambah ke dalam bekalan air di banyak kawasan. Ia juga boleh diaplikasi dalam bentuk ubat gigi, ubat kumur mulut , gel dan varnis. Ulasan kajian-kajian mendapati ubat gigi, ubat kumur mulut dan gel berfluorida mengurangkan kerosakan gigi dalam kalangan kanakp-kanak dan remaja pada tahap yang sama. Namun, ubat gigi lebih kerap digunakan. Tiada bukti kukuh bahawa varnis adalah lebih berkesan berbanding fluorida topikal lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information