Sedutan kortikosteroid untuk asma akut selepas discaj dari jabatan kecemasan

Asma akut adalah penyebab lazim lawatan ke jabatan kecemasan (ED) dan majoriti pesakit dirawat dan dibenarkan pulang. Sesetengah pesakit mengalami relaps asma akut dalam tempoh dua minggu selepas discaj setelah rawatan berjaya. Ubat beta2-agonist digunakan untuk membuka otot laluan udara dan ubat kortikosteroid digunakan untuk mengurangkan keradangan dan kebengkakan laluan udara. Kortikosteroid boleh disedut (ICS) atau ditelan sebagai tablet (oral kortikosteroid). ICS boleh mengurangkan kesan sampingan dan sampai terus ke laluan udara berbanding kortikosteroid oral. Ulasan ini mendapati kurang bukti bahawa sedutan kortikosteriod dan pengambilan ubat secara oral adalah lebih baik berbanding penggunaan ubat oral sahaja, selepas rawatan serangan asma di jabatan kecemasan. Terdapat juga kurang bukti pengambilan ICS sahaja adalah sama baik dengan pengambilan oral, walaupun terdapat sedikit bukti untuk menyokong penggunaan ICS sahaja bagi serangan asma ringan selepas discaj dari jabatan kecemasan. Lebih banyak kajian diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Andey Rahman (Universiti Sains Malasia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi andey@usm.my.

Tools
Information