Rawatan antibiotik dapat mengurangkan tempoh dan keterukan cirit-birit pelancong

Dengan menggunakan sistem perintis, kami telah mengkategorikan ulasan ini sebagai: Soalan terkini-kemaskini belum selesai. (Rujuk bahagian "Nota yang diterbit" untuk penjelasan).

Cirit-birit ialah satu masalah yang sering dialami oleh pelancong, terutamanya pelancong-pelancong dari negara maju yang pergi ke negara yang kurang maju. Penyakit ini selalunya terjadi kerana jangkitan bakteria. Walaupun penyakit ini jarang menyebabkan kematian, cirit-birit boleh mengganggu rancangan pelancongan dan menyebabkan gejala teruk yang menyebabkan kurang keupayaan. Ulasan ini menunjukkan bahawa rawatan antibiotik mengurangkan tempoh dan keterukan cirit-birit. Mereka yang mengambil antibiotik melaporkan lebih banyak kesan sampingan. Walau bagaimanapun, kebanyakan kesan sampingan tersebut tidak serius dan berhenti dengan menghentikan pengambilan antibiotik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information