Bukti yang menyokong colchicine untuk fibrosis hati/ sirosis alkoholik, virus, dan cryptogenic masih berkurangan

Alkohol dan hepatotropik virus adalah punca utama fibrosis hati dan hati sirosis. Colchicine adalah satu ubat anti-radang dan anti fibrotik. Ulasan sistematik ini tidak dapat menunjukkan sebarang kesan yang berfaedah yang ketara oleh colchicine terhadap kematian, kematian berkaitan dengan hati, komplikasi hati, biokimia hati atau histologi hati pesakit dengan fibrosis hati atau sirosis hati disebabkan oleh alkohol, hepatitis B, hepatitis C atau etiologi yang tidak diketahui. Colchicine telah dikaitkan dengan peningkatan yang ketara dalam peristiwa buruk. Sehubungan yang demikian, seolah-olah tiada bukti untuk menggunakan colchicine untuk alkoholik, virus atau cryptogenic hati fibrosis/cirrhosis di luar kajian rawak klinikal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save