Saringan untuk kanser paru-paru

Kanser paru-paru adalah punca utama kemautan yang berkaitan dengan kanser di dunia Barat. Kanser paru-paru mengambil kira-kira 20 tahun untuk mengembang dan merokok adalah satu punca yang diketahui. Kebanyakan kanser paru-paru tidak dikesan pada tahap perkembangan penyakit ini. Saringan awal perlu ditawarkan kepada mereka yang dianggap berisiko tinggi untuk menghidap penyakit tersebut. Kajian telah dijalankan mengenai pelbagai kaedah awal mengesan penyakit ini seperti ujian kahak, X-ray dan imbasan tomografi berkomputer(CT) dada untuk meninjau sama ada kaedah-kaedah ini memberi kesan terhadap jumlah orang yang dirawat dengan pembedahan dan jumlah orang yang meninggal dunia akibat penyakit ini. Ulasan ini mengkaji bukti daripada sembilan kajian( yang melibatkan seramai 453,965 orang peserta) dan mendapati bahawa saringan awal dengan X-ray dada atau ujian kahak tidak mengurangkan jumlah orang yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Dalam satu kajian besar, kaedah saringan dengan CT dada dos rendah mendapati bahawa ianya mampu mengurangkan jumlah orang yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru, tetapi kajian ini melibatkan perokok-perokok yang dianggap berisiko sangat tinggi dan bekas perokok sahaja. Namun demikian, saringan CT ini dikaitkan dengan jumlah keputusan positif palsu yang tinggi dan terdapat sesetengah orang di mana kanser paru-paru yang dikesan dan dirawat tetapi kanser tersebut mungkin tidak berkembang ke tahap menyebabkan kemautan walaupun tanpa rawatan(dirujuk sebagai overdiagnosis). Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengetahui kemudaratan dan manfaat relatif daripada saringan CT dalam individu-individu yang dianggap berisiko rendah untuk menghidapi kanser paru-paru.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Ernie Yap. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information