Operasi anduh tradisional untuk kencing tidak terkawal dalam kalangan wanita

Operasi anduh tradisional adalah digunakan untuk merawat wanita dengan kencing tidak terkawal disebabkan oleh tekanan. Ini adalah kehilangan air kencing apabila batuk, ketawa, bersin atau bersenam disebabkan oleh kerosakan pada otot yang tahan pundi kencing, dan kecederaan saraf yang mungkin berlaku semasa bersalin. Sejumlah besar pendapatan wanita dan keluarganya boleh digunakan untuk mengurus gejala-gejala ini. Kadang-kala stres kencing tidak terkawal berlaku bersama-sama dengan 'inkontinens tergesa' - dikenali sebagai 'inkontinens campuran'. Operasi anduh ini bertujuan untuk memegang pundi kencing dengan bahan yang mungkin biologikal atau sintetik. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak ada cukup maklumat untuk menilai sama ada tradisional anduh operasi adalah lebih baik atau lebih buruk daripada rawatan lain. Keputusan jangka panjang sedang dinantikan Dari segi kos, satu kajian ringkas kajian ekonomi, yang dianggap kos keseluruhan dan kesan, mencadangkan anduh tradisional adalah lebih murah jika dibandingkan dengan suntikan kolagen tapi mahal jika dibandingkan dengan anduh invasif minima. Dalam ulasan ini terdapat beberapa ujikaji, berkualiti tinggi, membandingkan anduh dengan bentuk pembedahan lain dan hanya satu kajian operasi anduh membandingkan dengan rawatan bukan pembedahan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save