Bolehkah intervensi masyarakat mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan orang dewasa

Walaupun intervensi masyarakat sering menunjukkan kesedaran yang ketara dalam program mereka, ini jarang membawa kepada kadar berhenti merokok yang tinggi. Begitu juga, peningkatan pengetahuan mengenai risiko kesihatan, perubahan sikap kepada tabiat merokok, lebih percubaan untuk berhenti, dan alam sekitar dan sokongan sosial yang lebih baik untuk berhenti tidak menghasilkan pengurangan tahap rokok dalam komuniti. Dalam kajian yang mempunyai kaedah kajian yang terbaik, perokok yang mempunyai kadar tabiat yan rendah hingga sederhana adalah lebih baik daripada perokok tegar (kajian US COMMIT ), dan lelaki pula sedikit lebih baik berbanding wanita (kajian CART Australia), tetapi secara keseluruhan kadar merokok adalah sama antara intervensi dan kawalan masyarakat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information