Regenerasi tisu berpandu untuk kecacatan periodontal infra-tulang

Rawatan untuk penyakit kerosakan periodontal (gusi) tidak dapat mengekalkan tulang yang rosak dan tisu penghubung yang menyokong gigi. Oleh itu terdapat batasan dalam merawat pesakit dengan penyakit yang lebih serius. Teknik surgikal, regenerasi tisu berpandu (GTR) mungkin dapat mencapai regenerasi dan meningkatkan keputusan surgikal konvensional. Keputusan ulasan ini menunjukkan sedikit kelebihan penggunaan GTR dalam kecacatan infra-tulang namun terdapat kepelbagaian yang luas dalam manfaat yang dicapai berbanding surgeri konvensional. Kami tidak dapat mengenal pasti faktor-faktor muktamad yang bertanggungjawab untuk kepelbagaian tersebut. Oleh itu, pesakit dan profesional kesihatan perlu mengambilkira kebolehramalan teknik tersebut berbanding kaedah rawatan lain sebelum membuat keputusan tentang penggunaannya. Kesan buruk rawatan adalah kecil dan hampir sama di antara kumpulan walaupun terdapat sedikit peningkatan masa rawatan bagi GTR. Kami mengesyorkan penyelidikan lanjutan untuk menjawab isu kepelbagaian dan mengenal pasti ciri-ciri penyakit atau pesakit yang jelas dikaitkan dengan hasil yang bermanfaat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan