Magnesium sulfat untuk merawat serangan asma akut di jabatan kecemasan

Semasa serangan asma, laluan udara (laluan ke paru-paru) menjadi sempit kerana kekejangan otot dan bengkak (keradangan). Ubat bronkodilator (sedutan pelega) boleh diguna untuk mengendurkan otot-otot dan membuka laluan udara, dan ubat kortikosteroid digunakan untuk mengurangkan keradangan. Magnesium sulfat ialah ubat yang memberi kesan ke atas otot-otot dan mungkin juga boleh mengurangkan keradangan. Ia boleh diberikan melalui titisan ke dalam vena (intravena). Ulasan kajian mendapati magnesium sulfat intravena sebagai tambahan kepada bronkodilator adalah selamat dan bermanfaat kepada pesakit dengan serangan asma teruk, atau apabila bronkodilator tidak berkesan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Andey Bin Rahman (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi andey@usm.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan