Pemindahan darah untuk merawat anemia yang disebabkan oleh penyakit malaria

Penyakit Malaria boleh menyebabkan anemia Di kawasan di mana penyakit malaria adalah biasa dan transmisi adalah sengit, ramai kanak-kanak dijangkiti dengan parasit tersebut dan anemia teruk biasanya boleh menyebabkan kematian. Pemindahan darah boleh menjadi penting untuk mencegah kematian di kalangan pesakit yang sangat tenat, walaupun terdapat juga beberapa risiko yang terlibat. Ulasan ini adalah direka untuk menilai manfaat dan kemudaratan dalam memberi pemindahan darah kepada semua kanak-kanak dengan anemia teruk yang disebabkan oleh penyakit malaria dan tidak dalam keadaan kesusahan atau tidak sihat.

Dua kajian memenuhi kriteria kemasukan kami, dengan seramai 230 kanak-kanak yang terlibat; tiada kajian yang melibatkan orang dewasa. Terdapat kekurangan dalam kes kematian di kalangan kanak-kanak yang mendapat pemindahan darah berbanding dengan orang yang tidak mengamalkannya, tetapi bilangannya adalah kecil dan tidak signifikan secara statistik. Terdapat satu trend ke arah berlakunya lebih banyak peristiwa teruk dalam kumpulan yang mendapat pemindahan darah, tetapi juga terdapat satu trend ke arah penyingkatan tempoh penginapan di hospital. Perkadaran jumlah darah yang terdiri daripada sel-sel darah merah (haematocrit) adalah lebih rendah pada kalangan kanak -kanak yang mendapat pemindahan darah berbanding dengan kalangan kanak-kanak tanpa pemindahan pada hari ke 28.

Pada kesimpulannya, bagi doktor yang berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai anemia teruk tetapi stabil dan tidak menghadapi masalah, tiada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan pemindahan darah secara rutin adalah lebih bermanfaat berbanding dengan risikonya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh MW Chan (Kolej Perubatan Pulau Pinang). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan