Agen mukolitik untuk bronkitis kronik atau penyakit pulmonari obstruktif kronik

Mukolitik adalah ubat-ubatan yang diambil secara oral yang boleh mencairkan kahak, menjadikannya lebih mudah untuk keluar. Mukolitik mungkin mempunyai kesan lain yang bermanfaat terhadap jangkitan paru-paru dan keradangan dan mungkin bermanfaat dalam rawatan terhadap mereka dengan penyakit paru obstruktif kronik (COPD) atau bronkitis kronik. Sorotan ini menilai sejauh mana keberkesanannya dalam pesakit-pesakit ini. Penulis sorotan melihat 34 kajian dengan jumlah 9367 pesakit. Keputusannya menunjukkan pengurangan kecil dalam bilangan serangan (semakin buruk penyakit/gejala) yang dialami oleh pesakit jika ubat itu diambil secara teratur - iaitu kira-kira satu pesakit berkurang dengan serangan untuk setiap lapan pesakit dirawat dengan mukolitik melebihi 10 bulan. Walau bagaimanapun, sorotan ini merangkumi campuran kajian kecil yang lama dan kajian besar yang baru, dengan yang baru menunjukkan kurang faedah. Ubat-ubatan kelihatan selamat dan diterima dengan baik; namun penyelidik tidak pasti tentang kesannya terhadap kualiti hidup dan risiko kemasukan ke hospital.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save