Adakah sokongan dan intervensi membantu orang ramai untuk berhenti merokok?

Latar belakang

Kebanyakan perokok ingin berhenti merokok, dan boleh dibantu dengan sokongan dan nasihat dari profesional penjagaan kesihatan. Jururawat adalah tenaga kerja penjagaan kesihatan terbesar, dan terlibat dalam hampir semua peringkat penjagaan kesihatan. Tujuan utama sorotan ini adalah untuk menentukan jika intervensi kejururawatan boleh membantu perokok dewasa untuk berhenti merokok.

Ciri-ciri kajian

Ulasan kajian klinikal ini mengandungi 49 kajian di mana jururawat menyampaikan satu intervensi berhenti merokok kepada perokok. Lebih 17,000 peserta telah dimasukkan ke dalam analisa utama, termasuklah orang dewasa yang dimasukkan ke hospital dan orang dewasa dalam masyarakat umum. Carian terbaru telah dijalankan pada Jun 2013. Semua kajian melaporkan sama ada atau tiada peserta telah berhenti merokok pada enam bulan atau lebih lama.

Keputusan dan kualiti bukti

Ulasan ini memperolehi bukti berkualiti sederhana bahawa nasihat dan sokongan daripada jururawat boleh meningkatkan kejayaan untuk berhenti merokok, terutamanya di dalam persekitaran hospital. Terdapat bukti berkualiti sederhana diperolehi sama seperti nasihat dan galakan yang diberikan oleh jururawat semasa pemeriksaan kesihatan atau aktiviti pencegahan seolah-olah kurang berkesan, tetapi mungkin masih mempunyai beberapa kesan. Keputusan adalah tidak konsisten merentasi semua kajian dan dalam sesetengah kes tiada banyak kajian yang menyumbang kepada perbandingan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan