Aplikasi emolien topikal untuk mencegah jangkitan pada bayi pramatang

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Soalan kajian: Adakah aplikasi emolien topikal mengurangkan kadar jangkitan invasif pada bayi pramatang?

Latar belakang: Bayi pramatang (lahir sebelum usia kandungan 37 minggu) adalah terdedah kepada jangkitan aliran darah dan jangkitan yang teruk kerana kulit mereka kurang matang dan tidak berkesan sepenuhnya sebagai penghalang terhadap mikro-organisma. Menggunakan emolien (salap, krim, atau minyak) mungkin boleh melindungi kecederaan kulit dan dengan itu mencegah mikroorganisma daripada merebak ke dalam aliran darah dan menyebabkan jangkitan yang teruk.

Ciri-ciri kajian: Carian kami (Ogos 2015) mengenal pasti 21 laporan kajian yang layak (dalam 18 penerbitan utama). Keseluruhannya, 3089 bayi dilibatkan. Lapan kajian (2086 bayi) mengkaji kesan salap topikal atau krim. Kebanyakan peserta adalah bayi sangat pramatang dijaga dalam kemudahan penjagaan kesihatan di negara-negara berpendapatan tinggi. Eleven ujian (1184 bayi) menilai kesan bunga matahari, biji bunga matahari, dan minyak sayuran lain. Sembilan daripada ujian ini telah dijalankan di negara-negara berpendapatan rendah atau berpendapatan sederhana dan semua adalah berpangkalan di kemudahan penjagaan kesihatan dan bukan tetapan rumah atau komuniti.

Keputusan: Analisis data kajian ini memberikan bukti yang berkualiti rendah dan tidak menunjukkan bahawa emolien mencegah jangkitan atau kematian pada bayi pramatang.

Rumusan: Analisis ini tidak membuktikan bahawa penggunaan terapi emolien menghalang jangkitan invasif atau kematian pada bayi pramatang di negara berpendapatan tinggi, sederhana atau rendah. Memandangkan intervensi ini adalah kos rendah, mudah didapati dan diterima secara umumnya, kajian lanjut terkawal rawak, terutamanya di komuniti dan fasiliti penjagaan kesihatan di negara-negara berpendapatan rendah, mungkin wajar.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College).Disunting oleh Ernie Yap (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.