Amnioinfusi bagi kes pecah membran prematur pramatang.

Terdapat beberapa bukti menunjukkan bahawa penambahan semula isipadu cecair amniotik menggunakan air garam atau cecair yang sama (amnioinfusi) selepas berlakunya pecah membran prematur pramatang (PPROM) mungkin bermanfaat untuk bayi pramatang (dapat mencegah jangkitan, kerosakan paru-paru dan kematian) dan juga kepada ibu (dapat mencegah jangkitan dalam rahim selepas bersalin). Walau bagaimanapun, keterangan tersebut tidak mencukupi untuk mengesyorkan amnioinfusi digunakan secara rutin bagi kes PPROM.

Pecah membran prematur pramatang merupakan penyebab utama yang dikenal pasti boleh mengakibatkan kelahiran pramatang. Selaput Sak (membran) yang berada di persekitaran bayi dan cecair di dalam rahim (uterus) biasanya mengalami kebocoran (pecah) semasa proses kelahiran. Jika membran pecah sebelum proses kelahiran dan semasa pramatang (sebelum 37 minggu), bayi berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan. Kekurangan cecair ketuban di sekitar bayi juga meningkatkan peluang tali pusat tertekan, yang mana boleh mengurangkan bekalan oksigen dan nutrien kepada bayi. Di samping itu juga, kekurangan cecair ketuban di dalam rahim boleh mengganggu perkembangan normal paru-parunya bagi bayi yang amat kecil dan mengakibatkan janin kelemasan, dengan perubahan dalam degupan jantung. Cecair tambahan boleh disuntik melalui faraj wanita (amnioinfusi transervikal) atau abdomen (amnioinfusi transabdomen) ke dalam rahim, dapat membekalkan lebih banyak cecair untuk mengelilingi bayi. Semakan dari lima kajian rawak yang dikawal (dengan data dari seramai 241 orang peserta yang dianalisa) mendapati beberapa bukti menunjukkan bahawa amnioinfusi dengan cecair air garam bermanfaat kepada kesihatan dan juga memberi manfaat kepada bayi dan ibu-ibu yang mengalami PPROM. Bagaimanapun, bukti yang ada pada masa ini masih tidak mencukupi untuk mengesyorkan penggunaannya secara rutin kerana bilangan kajian yang terhad dan bilangan wanita yang terlibat dalam kajian adalah sedikit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi hazlinakck@usm.my

Tools
Information
Share/Save