Enema semasa pelahiran

Bukti kajian saintifik tidak menyokong penggunaan enema secara rutin semasa pelahiran peringkat pertama.

Memberi enema kepada wanita semasa pelahiran telah menjadi amalan rutin di wad bersalin di kebanyakan negara dan persekitaran. Kadang-kadang wanita mengalami kebocoran dari laluan belakang mereka semasa melahirkan dan difikirkan bahawa enema pada pelahiran awal akan mengurangkan kekotoran dan rasa malu bagi wanita. Mengosongkan laluan belakang juga akan memberi lebih ruang untuk kelahiran bayi, mengurangkan tempoh pelahiran dan juga mengurangkan peluang jangkitan kedua-dua ibu dan bayi. Juga dicadangkan ia dapat mengurangkan pergerakan usus selepas kelahiran yang sering membimbangan wanita. Kelemahan enema adalah ia satu prosedur yang sangat tidak menyenangkan dan menyebabkan kesakitan untuk wanita semasa pelahiran dan enema boleh menghasilkan kekotoran najis cecair semasa kelahiran, berpotensi meningkatkan risiko jangkitan. Ulasan ini mengenal pasti empat kajian melibatkan 1917 wanita. Kajian ini mendapati tiada perbezaan yang signifikan dalam mana-mana hasil yang dinilai sama ada bagi wanita atau bayi. Walau bagaimanapun, tiada kajian yang menilai kesakitan bagi wanita semasa pelahiran dan terdapat data yang tidak mencukupi untuk menilai kesan buruk yang jarang berlaku. Oleh itu bukti adalah bertentangan terhadap penggunaan enema secara rutin semasa pelahiran.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information