Ubat-ubatan artemisinin untuk merawat malaria tanpa komplikasi lebih baik digunakan dalam terapi kombinasi

Ubat-ubatan artemisinin adalah berasal daripada sejenis tumbuhan yang telah digunakan sejak zaman purba di China sebagai ubat tradisional untuk demam dan malaria. Ubat-ubatan ini bertindak dengan cepat dan beberapa kesan sampingan telah dilaporkan. Parasit malaria setakat ini belum menunjukkan rintangan terhadap ubat-ubatan artemisinin. Ulasan ini menunjukkan bahawa ubat-ubatan artemisinin menghilangkan parasit malaria daripada darah dengan lebih berkesan daripada ubat rawatan biasa. Di kawasan di mana parasit malaria adalah lebih berintangan kepada ubat-ubatan yang sedia ada, seperti Asia Tenggara, ubat-ubatan artemisinin adalah sama berbanding dengan rawatan biasa menggunakan quinine atau mefloquine dalam penghilangan parasit berterusan. Rawatan kombinasi yang menggunakan ubat-ubatan artemisinin dengan mefloquine, ubat antimalarial yang bertindak lama, meningkatkan penghilangan parasit berterusan, akan tetapi mefloquine telah dikaitkan dengan kesan sampingan buruk. Terdapat beberapa kajian rawatan kombinasi dengan ubat antimalarial yang bertindak lama lebih selamat daripada mefloquine. Tidak terdapat bukti dari cubaan bahawa mana-mana derivatif artemisinin lebih baik daripada yang lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information