Adakah asetat perak membantu orang untuk berhenti merokok

Produk asetat perak (gusi, lozenge dan semburan) menghasilkan rasa logam yang tidak menyenangkan apabila digabungkan dengan rokok, jadi ianya digunakan sebagai satu bentuk terapi untuk berhenti merokok. Namun, ulasan ujikaji ini mendapati sedikit bukti untuk menunjukkan bahawa asetat perak membantu perokok berhenti. Sebarang kesan bermanfaat asetat perak ini mungkin sangat kecil, dan kurang daripada kesan yang sudah terbukti untuk terapi gantian nikotin.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save